sumber : google
"Life is like a book. Some chapters sad, some happy, and some exciting. But If we never turn the page.. we will never know what the next chapter holds.."
html>

Thursday, 25 October 2012
Wednesday, 26 September 2012
Mungkin yang terakhir..
Assalamualaikum w.b.t
Baca tajuk aje, mesti semua tertanya-tanya, apa yg terakhir kan?
Well, pejam celik, pejam celik, sekejap je rasenye dah nak final exam, maka nak berakhirlah sudah semester 4 ni. Sem depan Insyaallah kalau result okay, kite akan praktikal, masing2 jauh, dan agak lama jugak la kita tak jumpe nanti.. Huuu kita di dunia yang lain nanti -.- Agak-agak boleh adapt tak dengan environment practical nanti? Tak dapat ku bayangkan macam mane life yg betol-betol kat site construction nanti, tapi aku excited walawehh :D Nak pkai baju ape mase first day tu? Nak bawak ape? Nak jumpe dengan siape? Wallahuallam, kita hanya mampu merancang, Allah swt yang menentukan kan?
Okay, back to the topic, apa yang terakhir.. Hmm sudah semestinya yg kita sedia maklum, sem ni mungkin yg terakhir kita dapat lepak2 or jumpa dengan cik shu kita, sem depan kita practical cik shu kita dah last sem..untung la habis cepat. Kalau boleh sebelum habis final exam ni, maksudnye sebelum last paper tu, kita kumpul same-same pergi makan ke ape ke.. Boleh dak Norshuhada? Kalau ada teha dapat join sekali mesti lagi happening kann. Sob sob sob. Nanti rajin-rajin la jenguk blog kite ye, jarang update pun takpe as long as blog ni sentiase ade je update dari korang, boleh la kita terus keep in touch! :D
Mungkin sem ni banyak yang terakhir nye, sebab mase part 6 nanti mesti semuanye dah berubah. Tak kisah la dari segi ape pun, tp yang pasti mungkin yang terakhir....
Dan yang aku excited, teruja, happy nak cerita ni, sem ni merupakan yg terakhir, I repeat LAST, LAST LAST kita kena kumpul sticker aktiviti untuk dapatkan kolej (asrama)!!! Weeehoooo nampak tak over-excited tuu? Nanti part 6 dah tak payah pening2 nak kumpul lagi kann :P Memang penat dan pening kepala dengan nak pergi setiap aktiviti utk dapat sticker untuk dapat kan kolej sem dpn. Kalau ade kelas tu, lepas habis kelas gelabah pergi jugak event tu demi nak dapat kan sticker, punya la kitorang ni sayang dekat UiTM, hang nampak dak?? :P
Kad aktiviti
Tapi memandangkan dah masuk part 4 ni, kemalasan nak kumpul sticker tu membuak2. HAHA. So kebanyakan sticker kitorg mintak belas ihsan dari member2 yang sudi memberi. lol. Tapi takpe, nanti kita boleh cerita kat cucu cicit kita esok macam mane kite kumpul sticker mase kat uitm kan kan kannn? :PP
Tak sabar rasanye nak masuk part 6, time tu kite mesti dah macam Super Senior. Haha.
Ni nk habaq mai, itu hari aku pergi Ice Room dekat Nilai N.Sembilan hari tu, tu pun adk aku sorang ni tak habis2 memaksa. Hmm bagi aku sangat better dari Tutti Frutti. Tutti Frutti jual aiskrim yogurt, lepastu kena timbang ikut berat, pernah aku pergi makan dengan adik mase mula-mula, sedap je cedok aiskrim tu ikut suka, tak sangka bekas kecik macam tu, bila timbang-timbang hamek kau RM40 lebih! Nasib bawak duit cukup. Kalau tak taktau cmne nak letak balik aiskrim tu. HAHA. So Ice Room ni okay la, dia tak la jual aiskrim je, ade jual western food and nasi goreng2 pun ade jugak tau. Tapi kitorang pergi situ dgn niat makan aiskrim dia aje la, murah pun murah, takde timbang2 berat aiskrim, banyak pulak tu. Harga satu bekas tu tak ingat la berape tapi tak smpai RM10 pun. haa tunggu la outlet dia bukak kat Sri Iskandar, nanti kite pergi makan same2 okeh? Hehehe.
Strawberry Snow Ice, Chocolate Snow ice, Blueberry Snow Ice
Oh ye, dah lama tak dengar cerita cikk teha kite ni. Sihat kah beliau? Last yang aku contact dengan dia, dia stay kat rumah kakak dia kat kL. Adoi, tak lengkap friendship kita ni tanpa cik tehaa -.-
Sayang-sayang sekalian, Good luck untuk final exam yang akan datang tak lama lagi.. fighting! :)
Till then. Assalamualaikum..
.Sarah Nabilla.
Monday, 24 September 2012
STRUGGLING WITH THIS SEMESTER !!
apa yang boleh dikonklusikan semester 4 ini adalah sangat2 memenatkan ! assignment menimbun2, duit macam air je keluar untuk buat projek, test 1 hari sampai 2 3...presentation pun sama...kadang2 tu sampai konfius yg mana 1 yg nak kena buat presentation dulu....ramai yg akan cakap.."alahh, biasa la tu student banyak kerja...orang lain pun sama...jangan nak merungut sangat laa...tak baik...sapa suruh hang amek kos Building tu. "
tapi...apa aku nak tekankan kat sini adalah sebab kami dah lama tak hapdet blog adalah kerana kesibukan yg melanda n line kt Uitm Sri Iskandar sangat2 "terbaek" ...buffering sokmo ! =,=
.............................................................................................
STRUGGLING buat model Building Construction IV
part 4 kami diwajibkan untuk buat model rumah tradisional.....dengan tiada darah seni yg mengalir untuk buat model.....kami dengan "paksa rela " diri jugak untuk buat jugak....and the result is..........hehee tak taw lah nak crita lagu mana
cantek kah ia ?
model yang agak boleh dibanggakan....hohooo
ISITEM CORPORATION :)
ni lah orang2 yang bertungkus lumus dengan model, presentation, autocad and technical drawing....terbang ke Mallaca untuk cari rumah tradisional
....................................................................................................
akhirnya....setelah bertungkus lumus dengan kurang tidur nya.....penat...mata masing2 dah macam PANDA......TERBAYAR bila tengok model tu.. ^_^
nothing is impossible kalau kita buat sesuatu tu dengan ikhlas dan bersungguh2 kan.... :)
btw...Thanks to Allah S.W.T because gave us strength and ideas to create this model
btw...Thanks to Allah S.W.T because gave us strength and ideas to create this model
ORANG YG LEMAH AKAN BERDOA KT TUHAN JANGAN BAGI DIA DUGAAN DAN CABARAN....TAPI ORANG YANG KUAT AKAN BERDOA SUPAYA DIBERIKAN KEKUATAN DALAM MENEMPUHI DUGAAN....
p/s : rindu gila kt TEHA ! bila nak datang cni?
: doakan kami yang nak final exam bermula 1 oktober 2012 ni...8 papers weyy!!haaa...semput
POSTED BY : intanyusniza
Wednesday, 25 July 2012
Salam Ramadhan
assalamualaikum =)
First of all nak ucapkan selamat berpuasa untuk korang semua. semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh rahmat dan barakah. bila masuk bulan puasa ni, teringat aku masa dulu-dulu. first time berpuasa dengan korang semua. 1 pengalaman yang mungkin takkan aku lupakan. waktu berbuka memang masa yang paling heaven la untuk kita semua. semua jenis makanan ada..kalau kat rumah pon belum tentu ada banyak variasi makanan camtu. yela, mana taknye bila pergi bazar macam 1bazar tu korang nak belikan..hei. tapi yang bestnye, bila setiap orang beli makanan lain-lain and then nanti saling tukar-tukar makanan. tak ke dapat rasa banyak jenis makanan? kan dah jimat kat situ.hehe.
bila masuk time sahur, emm..bab ni aku failed sikit. bak kata intan, paling mewah aku sahur pun minum air masak je.haha. aku rasa brape kali je aku bangun sahur time sem2 dulu. hurm, sebenarnya dari kat matrik lagi aku susah nak bangun sahur. kalau dulu, sampai roomate aku sediakan air untuk aku sahur kat katil. tak payah susah-susah nak bangun ambik sendiri.punya la teruk! layanan kelas A time sahur,kelassss gitu..haha. padahal kalau kat rumah senang je aku bangun. tambah bila dengar suara ayah aku yang kejut, lagi la laju aku bangun.hehe. tapi memang aku tabik la dengan cik intan dan cik sara kita. punya semangat nak sahur sampai siap masak meggi lagi kau.haha.sem ni tabah lagi ke nak bersahur?
oh ya, kalau sebut bulan puasa tak sah la kan kalau tak cerita pasal terawih sekali. seingat aku, sem2 dulu takde la banyak kali sangat kita pergi terawih sampai kau boleh nak bangga bagitau 'aku banyak kali jugak la pergi terawih' bila orang tanya kan.haha. setiap kali bukak puasa niat nak pergi terawih tu dah ada, tapi 'terhalang' bila perut dah penuh disumbat segala makanan bagai. but at least, niat tu dah ada.hehe. so korang-korang, jom la rajin-rajinkan diri kita pergi terawih this sem ya!
lagi satu nak bagitau, tahun ni first time birthday aku jatuh bulan puasa.semoga dengan bulan puasa ni membawa seribu keberkatan dalam hidup aku dan jugak korang semua. hey, aku dah 20 tahun kott.alahai tuanya rasa..dengan muka yang comel ni macam tak layak je dengan umur tu. eceh, comel ke? ptuii
p/s: bila nak berbuka same-same cam dulu?
*shu*
Monday, 9 July 2012
This is what we call LIFE
Assalamualaikum w.b.t
Agak lama blog ni takde update, al maklum la da start sem baru ni, masing2 busy dengan hal masing2. Hmm macam2 yang telah berlaku. Antaranya? 2 minggu lepas kitorang berlima pergi ke Melaka selama 3 hari 2 malam. Actually pergi utk buat assignment tapi sambil buat assignment sambil bercuti jugak la, bukan senang nak datang sama2 kat Melaka ni, jauh plak tu, hehe lagipun cik shu kita ni last sem kot dapat jumpa dia. So kitorang angkut dia sekali and spend time together
Menara Taming Sari, Melaka
Okay sempena bulan Syaaban ni, orang kate tutup buku lama, buka buku baru kan? haha jadi kita telah berazam untuk berubah ke arah yg lebih baik hehe. Slow2, ye tak? Kalau ade salah dan silap tu, tegur2 la ye :P Dan sempena buka buku baru ni jugak, kitorang sedang mencuba untuk teruskan kehidupan tanpa seseorang iaitu cik teha. Huuu, cik teha telah mengambil cuti yang sangaaaaaaatttttttttttt panjang kerana ingin berehat, rindu kau teha oi. Teringat lagu masa lalu, lagu tu cik teha yang kenalkan kat kitorang. Huhu jom pergi Kelantan wehhhh :(
Walau ape pun yg terjadi, life must go on kan? Setiap yang berlaku mesti ade hikmahnye. Takpe, Insyaallah nanti kita buat reunion ye. Hehe
Lagi beberapa hari nak masuk bulan Ramadan ni, korang excited tak? :)
Agak2 sem ni dapat pergi terawih lagi tak mcm dulu? hehehh
P/s; maaf la gambar tak dapat upload, intenet yang sangat lemb!
.Sarah Nabilla.
Subscribe to:
Posts (Atom)







