hello hello! rindu suda aku pada kalian2 semua..diharap kalian pun rindu2 jgk sma aku okeh. firstly aku nk ucap hepy holiday la untuk kita smua. ha,pe lagi..pegi la berkepit 24jam ngn org2 tsayang. almaklum la ni la masanya dak,kalau x bile lagi kn..okay, untuk entry aku yg pertama kt blog ni ak nk cite sedikit sebanyak siapa sebenarnya diri aku ni.eceh! yela,selama korang kenal aku mungkin ape yang korang tau pasal aku hanya sedikit. so,let's check out who the real i am!
aku dilahirkan pada 23 julai 1992 dan diberikan nama Nor Shuhada bt Mohd Amin@Abd Kadir. ha.selalunye bile golongan mak2 nak bersalin mmg hospital la jwbnye kn..tapi tak bagi mak aku..ak ni dilahirkan kat rumah je. bile aku tanya bapak aku asal aku tak dilahirkan kt hospital mcm baby2 yg lain,beliau ckp kalau bersalin kat rumah save sikit.aku yang masa tu baru menjangkau akil baligh terus menggangguk tanda faham.hehe,punye innocent!(okay,yang tu tipu..aku tak penah tanya bapak aku kenapa)haha ok,dilahirkan sebagai anak bongsu dari 8 org adik-beradik kadang kala mnguji keimanan aku jgk. mana tak nye,bile dh jadi anak bongsu ni memang tak sah la kan kalau tak dibuli.aish!time kecik2 dulu air mata memang murah, senang2 je nak mengalir. kalau gaduh sikit ngan kakak aku, memang tak sah tak nangis. kadang2 tu klau aku tak nangis lepas gaduh,mesti kakak cakap "nak nangis la tu,nak nangis la tu"..aku yang tengah menahan perasaan dari tak menangis terus nangis mendengar kata2 azimat tuh.hampeh! tapi bile pikir2 balik,aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang besar. best woo...kalau semua adik beradik aku balik,mmg meriah la rumah aku. tambah2 time raya,fuhh..heaven giler rasa bile dapat berkumpul ramai2..orang yang ada adik beradik ramai tau la camne feel~ die kan teah kan?
dulu time kecik2,zaman jiwa tak berapa matang lagi korang penah tak kumpul biodata kawan2 korang?ha,yang tengah senyum2 tu macam pernah je.ahha..it's okay! dulu aku pun penah gak kumpul benda tu..parah lagi bukan setakat biodata kawan je,lirik lagu segala benda la aku nak kumpul. bile baca biodata2 lama tu,nak tergelak sampai pecah perut pon ade.bile tulis hobi mesti jawab membaca, cita-cita pulak nk jadi doktor.haha,memang suci murni betul time budak2 dulu. aku selalu fikir besar nanti aku nak jadi doktor.bile makcik2 tanya "chu,besar nanti nak jadi ape?" ak dengan yakin mesti jawab "nak jadi doktor makcik". hmm,tapi bila jiwa dah matang dan akal pun boleh berfungsi dengan baik, baru aku sedar tak semua yang kita nak akan kita dapt. tambah2 kalau ianya tanpa usaha yang gigih. kehidupan selama hampir 20 tahun aku di muka bumi ni banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan walaupun ianya hanya lah permulaan kepada kehidupan yang sebenar..
p/s : mata sudah mencapai tahap maksimum tugasnya buat hari ini. kadang kadang kalau orang tanya aku ade berapa adik beradik,aku mesti kena kira sorang2 adik beradik aku dulu.lol!
aku,shu

No comments:
Post a Comment