html>

Thursday 3 April 2014

rinduuu woi



selamat hari khamis semua. first sekali aku nak cakap, aku rindu gila dengan korang semua. last kita semua jumpa tahun lepas kan? tu pun tak cukup. cik tehah takde sekali. jom la kita buat reunion. please please please jommmm!! 

apa kata kita pegi holiday, nak tak? sekarang semua kan dah degree, cuti pun dah sama. so senang la sikit. korang yang bertiga dekat shah alam tu, pikir pikir la something yang best yang boleh kita buat. broga ke, menyelam kat sunway ke. alaaa ape ape jela. aku ngan tehah ikut je kan, tehah. maklum la kami kan jauhhhhh huhuhu.



oh btw, how's your life now girlsss? harap harap semua okay, still ingat kat blog ni hendaknya. aku tengok dah berhabuk gila blog ni, lama takde entry baru naik. kesian dia, tu yang aku merajinkan diri membebel sorang sorang kat sini hehe. takpeee semua busy kan sekarang, paham! tapi sekali sekala jenguk jenguk la jugak blog ni. jangan la tinggal sampai spiderman pun dah boleh buat sarang kat sini :D

p/s: take care semua

shu

Sunday 21 July 2013

selangkah ke uitm..


Assalamualaikum.


wehhhhh rindu gila kat hampa semua. tambah-tambah time bulan puasa ni, terimbau semua nostalgia kita-kita dulu. sebak pun ada aihhh. bila lepak petang-petang sementara tunggu berbuka, tetiba teringat uitm perak.rindu nak bukak puasa sama-sama mcm dulu, rindu nk cipta alasan bagi tak payah pegi terawih, rindu nak sahur sama-sama, rindu semua la habaq hang. bila lagi wei boleh kumpul macam dulu..pasal trip nak ke kelantan ke johor ke haritu plan, apa cite? haha

sebenarnye aku ada something yang nak share dengan korang. korang pun tahu kan aku tengah tunggu result intake degree keluar. so hari jumaat tadi (19/7/2013), result tu dah pun keluar. dan dengan sukacitanya aku nak bagitau yang aku dapat sambung degree dekat Uitm Seremban 3 dalam sarjana muda sains (kepujian) statistik. alhamdulillah... maknanya aku akan jadi orang nogori la sepanjang degree session nanti. hehe. tapi sebelum aku pegi uitm seremban, aku transit dulu dekat uitm Shah alam. pasal berapa lama aku transit kat S.alam tu aku tak tau. tapi dengar cerita senior yang transit kt s.alam jgk, dorang pindah seremban bulan 9 ni. so aku tak tau la sempat ke tak aku habis satu sem kt s.alam tu.

alhamdulillah ya Allah

mula-mula aku check, dia keluar page ni. so aku dengan confident la aku bagitau kat mak ayah aku yang aku dapat Uitm s.alam. terus berangan nak duduk bandar la kononnya masa degree tapi lepas aku tekan 'terima' untuk respon kiranya aku terima tawaran ni terus dia keluar page lain pulak. cakap aku just transit je kat s.alam tapi kampus tetap kt seremban. terus tak semangat haha.

cakap nogori la den lopeh ni

aku pelik asal tak biar je budak statistik stay je kt s.alam. asal nak kena transit-transit pulak. dah kalau betul dia nak suruh kitorang stay seremban asal tak register terus je kat sana kan? so atas rasa ingin tahu yang membuak-buak aku pun dengan rajinnya meng'google' pasal uitm seremban tu. rupa-rupanya uitm seremban tu kampus baru. sekarang ni pun masih dalam pembinaan. info dari google cakap maybe januari 2014 baru siap. patutla kitorang transit dulu kt s.alam. nak tunggu siap dulu. dan bila dah siap mungkin hanya ada 3 fakulti je kat sana. so korang boleh imagine la kan besar mana je kampus dia nnt. huhu dan lagi satu info, ada yang cakap batch aku batch kedua kt seremban nanti. tapi tak tahu la betul ke tidak semua info ni. hehe

cakap pasal degree, korang pun dah last sem. tak lama lagi masuk degree. kalau korang mintak kos sama tiga-tiga orang peluang nak dapat tempat sama memang senang. macam aku dengan wanis, dapat tempat sama. tapi nana dia amik kos sains aktuari so dia stay kt s.alam. maka terpisahlah kami. huhu. so untuk korang, do the best final sem ni. bagi dean list tau! dan utuk tehah, jaga diri okay. rindu korang sesangat!

p/s: bila makan sushi mesti teringat korang. first blaja makan sushi korang la ajar. thanks!




Tuesday 16 April 2013

Assalamualaikum w.b.t

Aaaaaaaaaa Seriously Intan punya post tu betul-betul menyentap jiwa dan perasaanku. Mengimbau kenangan waktu dulu-dulu. Gila lah boleh nampak muka tak matang gila masa part 1. HAHAHAHAHA Seriously. Nasib la kita kita je yang baca :P

Pape pun, bagi aku yg betul-betul memories ialah waktu kita berbuka puasa sama-sama. Haaa dimana bila nak bukak puasa tu, kita akan keluarkan kesedapan makanan masing-masing yg kita beli kat bazar Ramadan Uitm dan share sama-sama. Masa tu hamek kauuuu perut dah tak boleh sumbat pun dipaksa jugakkkk. Lepastu semua flat, terawih entah ke mana. Hahahah. 

Kekadang lepas kelas sanggup calling2 berjanji nak buka puasa sekali. Hihihi. Yang mana sempat pulang ke kampung halaman dan bawak balik sedikit masakan dari rumah. Perrhhhh best gilaaaa. Tapi selalu yg buat macam tu Cik Intan kita lah sebab rumah dia dekat je. Aku jarang balik, Cik Shu pun jarang rasanya. Cik Ira lagi laaaa. Tak sempat sampai Seri Iskandar makanan tu dah basi ape :P Gila nostalgic seyh macam tu. 

Tahun ni InshaAllah boleh la kita merasa untuk berbuka puasa sama-sama. Tahun terakhir tuuuu. Huuuu. Nampaknya dari 5 orang, tinggal 4 orang, lepasni tinggal 3 je. Hmmm.. Hmmm... Dah takde 4 minutes. Dah tinggal Orange Caramel ape :P

Monday 11 February 2013

graphician wannabe :p

bila bosan dan rindu menguasai diri, maka terhasil lah......
             


p/s : colour ladybird ikut favourite colour u'olls tau, sila perhatikan dengan teliti dan penuh minat    serta kagum! ahaks

Saturday 22 December 2012

Practical? Kerja?

Assalamualaikum w.b.t

Apa habaq hampa semuaaaaa? Aaaaaaa rindu lahh seriously! Semua busy ye dak? Well, ni actually tengah kemalasan buat report then tetiba terdetik nak bukak blog. Tengok ada a few updates dari korang sebulan yang lalu. Maaf maaf, baru sempat baca hari ni :( Okay lah. Report tolak ke tepi sekejap. So apa cerita lah sekarang Cik Shu? Al-maklum laa dah jadi supersenior. Opss Pembetulan. Supersenior CA Shuhada heheh :P Jangan buli junior okeh! Cik Ira dan Cik Intan buat sekarang ni. Lama menyepi. Dengar cerita korang banyak buat kerja tender, BQ pe semua tu kan. QS yang busy busy busy.


Seperti yang kita maklum Cik Teha kita still kat Kelantan sebab ada masalah keluarga dia. So kita doakan aje lah yang terbaik untuk Teha okeh? Ohh dia ada cakap, kan dulu dulu kita ada plan nak pergi Johor. Ingat lagi tak? Better ingat balik kalau tak aku cubit sorang-sorang. HAHA. Haaa Cik Teha ni cakap dia nak join kita pergi Johor sama-sama. Best kann? Nanti kita plan ya. Make it happens. Cik Shuhada, anda wajib untuk turut serta. Okay? Arahan dari saya :P


Aku dapat practical dekat site. So kat sini banyak menguji kesabaran aku. Nyamuk banyak sangat2! Kat site takde toilet, ada pun jenis toilet boleh pindah2 tu. Korang pun tau, toilet macam tu takde air. So kalau nak pergi toilet, aku terpaksa jalan pergi dekat Shell berdekatan jauh dia macam dari Kolej Cempaka ke FSPU lah lebih kurang. Tempat solat apatah lagi. Memang takde. Jadi bila waktu lunch aku akan pergi KFC tumpang solat dekat surau dlm tu. Balik kerja tu lak kaki seluar mesti kotor sebab kena tanah, cement pe sume kat situ. Nak-nak lagi kalau hujan perhh perhhhh berselut habis. Sadis tak? :P


First week practical tu memang relaks habis sampai taktau nak buat apa dah. Masuk minggu kedua dan ketiga, still takde kerja sangat. Banyak relaks dari buat kerja. Sampai aku rasa nak nangis sebab bosan sangat. Ok nampak sangat menipu. Tapi bila dah masuk minggu ke 4 sampai la sekarang. Penatnyaaaaa Allah je tahu. Sekejap dekat office, sekejap dekat site. Ulang-alik lah. Berjemur kat site tu memang tak payah cakap lah kan berapa lama. So nanti jangan terkejut la kalau jumpa muka aku memang sun-burn. Hehe. 


Setiap hari aku kena turun site sendiri. Mula-mula tu memang tak biasa  sebab aku sorang je perempuan kat situ yang lain semuaaaaaaa laki. Sobs. Tapi lama-lama dah biasa. Even ada sesetengah pekerja tu memang aku boleh buat sembang. Banyak jugak lah dapat tengok dan belajar dunia construction yang sebenar ni. Selalu teori dalam kelas aje kan. To me, dunia construction ni memang betul-betul tough. Kena hentam, marah, rasuah apa semua tu memang perkara biasa kena hadap hari-hari. Yang penting mental dengan fizikal kena kuat.



 Ni rumah yang hampir siap. Projek yang company aku jalankan sebelum ni.


Ni pulak projek yang sedang dijalankan.
Design dia lebih kurang lah dalam gambar kat atas tu.




So, bila dekat site kena panjat-panjat sampai tingkat 2, tingkat 3 even roof top pun aku berjaya panjat. Supervisor tu cakap aku ni perempuan yang lasak, berani panjat tinggi-tinggi. Padahal aku takot Hahahah. Tangga tak kukuh lepas tu gayat lagi tu. Dah pikir praktikal kat site punya pasal terpaksa la buat-buat berani. Aku mmg tak sabar nak habiskan praktikal dengan cepat!! Tak larat! Lagi 13 minggu. Jom countdown sama-sama? HEHE

Actually advantage jugak bila surrounding dengan lelaki ini. Diorang ni tak suka bergosip yang boleh mendatangkan dosa. Hanya bercakap pasal fakta. So selamat di situ. Hihi. But still need a girl for friends :|



Cukup lah setakat ni kot. Insyaallah kalau ada masa aku update lagi. So harap korang semua jaga diri and Shu jangan lupa kat kitorang okay!

Rindu nak lepak dengan korang semua :(

Assalamualaikum.



.Sarah Nabilla.



Sunday 25 November 2012

VCSP FIVE PILLAR

       Assalamualaikum, whassup whassup yo! shuhada in da house. setelah berbulan meninggalkan dunia blog, akhirnya aku kembali.hewhew :D kali ni aku nak cerita pasal my awesome experience kat terengganu haritu.
korang pun tahu kan aku pergi sana. So seperti yang dirancangkan kitorang pegi 20hb Oktober tadi. ikut plan kitorang bertolak pukul 7pagi. tapi biasalah janji melayu, akhirnya janji hanya tinggal janji.haha. dalam pukul 8pagi baru bas gerak. oh lupa nak cerita, malam sebelum aku pergi terengganu aku dah pun menghabiskan masa dengan cik sara kita. maybe akan jadi malam terakhir kita spent time together kot sara kan?.huhu. but it was a nice momment even hanya menghabiskan masa dengan menonton drama Adam dan Hawa dengan condition cik sara kita 50-50 sebab mengantuk.haha. ape ape pun aku tido dengan tersenyum malam tu :) walaupun tanganku sakit sebab angkat barang cik ira kita yang tersangattt la berat. sampai putus-putus la tali beg dia.haha

okay back to main topic kita tadi, uitm perak hantar dalam 34orang wakil untuk join program tu. setiap fakulti wajib menghantar wakil-wakil mereka. dan aku mewakili fakulti Sains Komputer dan Matematik :D
tapi kebanyakan budak-budak yang join program tu MPP. klu tak pon mesti JPK. So aku dengan senang hati merasa rendah diri dengan dorang walaupun aku tau aku memang rendah.huhu. Hmm, perjalanan kitorang ke terengganu mengambil masa setengah hari. banyak kali jugak kitorang berhenti kt r&r sepanjang jalan tu. dan yang paling  best masa berhenti kt genting sempah, banyak gila penyokong bola kelantan berhenti kat situ. rupa rupanya malam tu ada lawan bola antara kelantan dengan ATM. maybe dorang on the way pegi stadium kot. dalam hati aku time tu harap ATM menang. tapi malangnya kelantan yg mana.hadoi!tahniah la cik ira kita.eh~ hehe. So setelah 12jam dalam bas, akhirnya kitorang sampai jugak uitm dungun dalam pukul 7petang. nak tahu, kitorang uitm yang paling last sampai.hoho
welcome to uitm Dungun!

sampai sampai je daftar, makan and terus join aktiviti utk malam tu. tapi malam tu takde ape pon just die bagi intro pasal program tu and brief sikit-sikit pasal aktiviti yang kitorang akan buat sepanjang 4hari kat sana. lagi satu, sepanjang kat sana kitorang diwajibkan bertutur dalam english sepenuhnya. bayangkan laa..kalau cik sara kita yang cair speaking london tu boleh laa. So ambil langkah selamat, aku berdiam diri.haha. kat sana setiap sorang akan ada 2 group.sebab hari last nanti kitorang akan buat persembahan untuk malam kebudayaan dan presentation case study. jadi untuk malam kebudayaan aku dapat group negeri  terengganu dan untuk present aku dapat case study13. haa camne kitorang dibahagikan? sebenarnye masa daftar tu kitorang disuruh cabut undi. ala yang amik kertas dalam balang tu, lebih kurang camtu la konsep die.

my group, case study 13!
kumpulan negeri terengganu
sepanjang 4hari 3malam kitorang kat sana, aktiviti setiap hari lebih kurang sama je sebenarnye. pagi pagi pukul 7 kitorang diwajibkan turun sarapan. pukul 8pagi kitorang da kena berkumpul dalam dewan. selalunya aktiviti-aktiviti yang dorang buat waktu siang adalah aktiviti dalam kumpulan, dengar taklimat semua tula. dalam pukul 10 dorang akan bagi makan pagi. then pukul 12 kitorang dibenarkan balik bilik untuk makan dan sembahyang. next aktiviti start pukul 2petang sampai la pukul 6petang. lepas pukul 6 kitorang bebas nak buat ape-ape pun. selalunya kitorang akan pergi jalan-jalan tepi pantai. almaklum la uitm dungun ni berhadapan je dengan laut. keluar je pintu pagar, lintas jalan then da sampai laut. dari tingkap hostel pun da boleh nampak laut.best giler kan! tapi laut kat situ jarang orang mandi sebab ombak dia besar. ada budak uitm dungun cerita kat aku, pernah student situ mati lemas. so dorang pun da takut nak mandi, just lepak-lepak, dating-dating kat tepi pantai je. hmm,aktiviti waktu malam start pukul 8 sampai la 11malam. bila malam kitorang takkan duduk dalam group negeri tapi dalam group case study. then senang la untuk kitorang bincangkan pasal presentation kitorang. setiap case study ade problem masing-masing yang kitorang perlu selesaikan.

malam yang dinanti tiba..

untuk malam kebudayaan pulak kitorang kena buat persembahan berdasarkan negeri masing-masing. contohnya aku dapat kumpulan terengganu, so kumpulan kitorang kena la buat persembahan yang menampakkan ciri-ciri terengganu macam ulik mayang, keropok lekor, batu bersurat etc. tapi malangnya fasi fasi kat sana tak bagi kitorang buat ulik mayang sebab takut ada benda-benda yang menakutkan jadi. sebab dorang kata uitm dungun tu keras sikit. yela depan laut,belakang bukit. kedudukan uitm tu yang strategik dah cukup untuk dorang bantah tarian tu. kitorang memang enjoy malam tu sebab malam last kitorang kat sana. lagipun dorang buat ala-ala dinner sambil tengok persembahan setiap kumpulan. event malam tu habis pukul 1am.sebelum kitorang dilepaskan balik bilik, ada lecturer sorang ni bagi pesan masa on the way balik jangan bising-bising, make sure jangan jalan sorang-sorang. rupa-rupanya malam tu ada sorang budak kena kacau. budak tu hilang lepas dia buat persembahan. dia kata masa atas pentas dia nampak benda tu kejar dia. sebab tu dia lari...tak lama lepas dia hilang fasi jumpa dia tepi longkang tengah menangis. kitorang memang tak tahu ape-ape malam tu sebab semua fasi dgn lecturer takde cakap ape-ape pun. tapi memang pelik la sebab malam tu budak perempuan dihantar balik hostel naik bas. padahal bukan jauh pun. sementara tunggu bas dorang pasang bacaan yassin, then lecturer pesan balik bilik je bersihkan diri,terus tido. kalau dengar orang jerit ke, ape ke buat tak tahu je. memang cuak gila la masa tu. tapi alhamdulillah, malam tu dapat tido lena jugak. sebenarnya malam tu kitorang dibenarkan stay up sampai pukul 4pagi untuk siapkan presentation. tapi bila dah jadi macam tu, terus dorang tak bagi.

pagi esoknya kebanyakan student bangun lambat. dalam pukul 8 baru semua start serbu toilet nak mandi. turun sarapan pun pukul 9. patutnya pukul 9 da start present. tapi sebab kejadian malam semalam ,presentation start pukul 10pagi. tu pun ada group yang tak siap slide lagi. kelam-kabut kitorang semua buat preparation last minute. alhamdulillah presentation kitorang semua berjalan lancar akhirnya. tapi sedih sebab presentation dengan malam kebudayaan, dua-dua group aku tak menang.huhu. ape-ape pun semangat berkumpulan tu yang penting. so majlis penutup start lepas semua group habis present case study masing-masing. dimulakan dengan ucapan lecturer kat situ, then dorang serahkan sijil ikut uitm cawangan yang ada. maka dengan itu secara rasminya kami semua yang join program vcsp kali ni di anugerahkan gelaran CA yang membawa maksud change agent. sebenarnya kitorang semua adalah change agent 2nd generation. yang CA 1st ge
neration adalah fasi-fasi yang jaga kitorang selama 4hari ni. tapi kebanyakan CA 1st generation dorang da masuk degree, yang dah abis belajar pun ada. so uitm sekarang ada lebih kurang 700 orang CA diseluruh malaysia.
pagi sebelum presentation

pukul 2petang program tu pun tamat secara rasminya. lepas dah peluk-peluk, snap gambar sana sini kitorang pun balik hostel nak kemas-kemas barang. lepas makan, sembahyang kitorang gerak balik. pukul 3petang bas pun bergerak meninggalkan uitm dungun. disebabkan kitorang balik dari program tu 2 hari sebelum raya haji, so banyak la budak-budak uitm lain tumpang bas kitorang yang mana rumah kat perak tu kan. on the way balik bas ada la berhenti kat tempat-tempat jual keropok lekor. aku pun borong la dua tiga plastik keropok lekor sebagai buah tangan. terasa makcik-makcik sangat u'olls borong benda-benda camtu.haha. kitorang sampai uitm sri iskandar pukul 2.30pagi. malam tu aku stay rumah mas dulu sementara tunggu kakak aku ambik esoknya.

so tu la serba sedikit tentang pengalaman aku kat terengganu. rasa-rasanya aku dah jatuh hati dengan negeri terengganu sebab ada laut yang sangat cantik! sekarang pun dah berjinak-jinak tengok rancangan terengganu kita kat tv3.heheh. okay agak poyo disitu. so guys, lets check it out gambar-gambar aku kat sana..enjoice!



bergelak sambil bincang pasal presentation


para statistik

dengan salah seorang lecturer selepas ditemu bual

muka serius buat slide :)





tengah present produk dari negeri terengganu :D

we all masuk tv u'olls!

muka masa latihan malam kebudayaan




sebelum perform, snap gambar dulu!





 




p/s: call me CA Nor Shuhada bt Mohd Amin. heheh :p btw sorry entry panjang berjela                                                                                                  





Wednesday 14 November 2012

Title sudah bekerja?? oh no man :@



             assalamualaikum sume:)  huhu sudah lame turn sye x mengupdatedkn blog.^^kali ni cite aku,, nk cite psal fist day aku bpractical. hekhekhek XD. korg mesti tnggu2 kn. haoishh cam tak caye lak ni aku sebenanye da msuk dunia di alam pekejaan.! =, = hah?? aku suda bkeje kah? adakah ini mimpi?:( cium gigit aku skrg mimpi ke tk oi! huhu caye ke ta nk caye ke, nk x nk kte kne time hakikatnye.  smpai ble lg kte nk tesorok-sorok n nk mmncilkn diri kte kn.. ok.. so aku plahan demi pelahan trimela sumenye dgn redha& pasrah. gggrrr..

Hmmmm,, Sblum nak praktikal ni kenela beli bebebpa helai bju kmeja, selua,n kasut fomal kn.  perghh.. mcm excited lak nk keje ni beli bnde sume tu bagai..haihh..+_+ huhuhu..Prepare borang2 psl practical yg lecturer bg kt kte dan surat confirmation kte dpt dr compny kte tu n then serah kt HR nnti.

 hemmm. FIRST DAY??

      hari yg petama, hari aku registration kt ofis aku tuh. TEBRAU BAY CONSTRUCTION SDN BHD. Hahahaha. aku dtg pling awal kt tmpt aku tuh.sorg staf tak msuk g ofis. aku je dgn polis bantuan(pakgurd). korg nk taw pkul bpe aku datang? pkul 7 aku da kt ofis tuh. sbnnye aku kne dtg pkul 8.30. biasela kn hari petama praktical excited dtg awl. haha bkn excited sebenanyepon pdhl gementar tuih.. huhuhu. gile telalu awl sgt cik minah ni..  hmmm boring la tngu punye tngu lame sgt.
so ak pgli sarapan dulu kt bwh ofis aku tuh.. 8.15 aku da naik ofis blik n HR pon sudah mari.. haha betape neves giler mase tuh. dorg pngil aku suh msuk bilik meeting .2 owg HR yg orintasikn aku t. huhu. takut giler.. tp ble da kt dalm bilik meeting tuh dorg relax je orintasi aku n then dorg suh aku isi form n baca syarat pnduan sume tula.dorg bg aku skli punshcard aku. tu je. xde pepe sebenanye pon. hmm..Lps tuh dorg knl2 kanla dgn staff2  kt citu. rmai gler.. satu2 aku kne dikenalkn. malunye giler.. haha.



Aku sebagai QS?? haha

   hari petama dorg suh aku fax sume invintation tender ade 6 tjuk. dkt 60 lebey company jgkla hnTa. bnyak la. lpstu suh aku col 60 company yg kte fax sume tuh.tuh. perghh.. tebaekk.. mule2 tu gagap la jgk. huhu. da lame2 kt telefon tu da mcm pro plk. huhuhu. 

hmm okeyla smpai cni je aku stop.
Next time insyaallah ak cite lg pengalamn aku seterusnye bile free.:)

~akIra
.