Assalamualaikum w.b.t
Baca tajuk aje, mesti semua tertanya-tanya, apa yg terakhir kan?
Well, pejam celik, pejam celik, sekejap je rasenye dah nak final exam, maka nak berakhirlah sudah semester 4 ni. Sem depan Insyaallah kalau result okay, kite akan praktikal, masing2 jauh, dan agak lama jugak la kita tak jumpe nanti.. Huuu kita di dunia yang lain nanti -.- Agak-agak boleh adapt tak dengan environment practical nanti? Tak dapat ku bayangkan macam mane life yg betol-betol kat site construction nanti, tapi aku excited walawehh :D Nak pkai baju ape mase first day tu? Nak bawak ape? Nak jumpe dengan siape? Wallahuallam, kita hanya mampu merancang, Allah swt yang menentukan kan?
Okay, back to the topic, apa yang terakhir.. Hmm sudah semestinya yg kita sedia maklum, sem ni mungkin yg terakhir kita dapat lepak2 or jumpa dengan cik shu kita, sem depan kita practical cik shu kita dah last sem..untung la habis cepat. Kalau boleh sebelum habis final exam ni, maksudnye sebelum last paper tu, kita kumpul same-same pergi makan ke ape ke.. Boleh dak Norshuhada? Kalau ada teha dapat join sekali mesti lagi happening kann. Sob sob sob. Nanti rajin-rajin la jenguk blog kite ye, jarang update pun takpe as long as blog ni sentiase ade je update dari korang, boleh la kita terus keep in touch! :D
Mungkin sem ni banyak yang terakhir nye, sebab mase part 6 nanti mesti semuanye dah berubah. Tak kisah la dari segi ape pun, tp yang pasti mungkin yang terakhir....
Dan yang aku excited, teruja, happy nak cerita ni, sem ni merupakan yg terakhir, I repeat LAST, LAST LAST kita kena kumpul sticker aktiviti untuk dapatkan kolej (asrama)!!! Weeehoooo nampak tak over-excited tuu? Nanti part 6 dah tak payah pening2 nak kumpul lagi kann :P Memang penat dan pening kepala dengan nak pergi setiap aktiviti utk dapat sticker untuk dapat kan kolej sem dpn. Kalau ade kelas tu, lepas habis kelas gelabah pergi jugak event tu demi nak dapat kan sticker, punya la kitorang ni sayang dekat UiTM, hang nampak dak?? :P
Kad aktiviti
Tapi memandangkan dah masuk part 4 ni, kemalasan nak kumpul sticker tu membuak2. HAHA. So kebanyakan sticker kitorg mintak belas ihsan dari member2 yang sudi memberi. lol. Tapi takpe, nanti kita boleh cerita kat cucu cicit kita esok macam mane kite kumpul sticker mase kat uitm kan kan kannn? :PP
Tak sabar rasanye nak masuk part 6, time tu kite mesti dah macam Super Senior. Haha.
Ni nk habaq mai, itu hari aku pergi Ice Room dekat Nilai N.Sembilan hari tu, tu pun adk aku sorang ni tak habis2 memaksa. Hmm bagi aku sangat better dari Tutti Frutti. Tutti Frutti jual aiskrim yogurt, lepastu kena timbang ikut berat, pernah aku pergi makan dengan adik mase mula-mula, sedap je cedok aiskrim tu ikut suka, tak sangka bekas kecik macam tu, bila timbang-timbang hamek kau RM40 lebih! Nasib bawak duit cukup. Kalau tak taktau cmne nak letak balik aiskrim tu. HAHA. So Ice Room ni okay la, dia tak la jual aiskrim je, ade jual western food and nasi goreng2 pun ade jugak tau. Tapi kitorang pergi situ dgn niat makan aiskrim dia aje la, murah pun murah, takde timbang2 berat aiskrim, banyak pulak tu. Harga satu bekas tu tak ingat la berape tapi tak smpai RM10 pun. haa tunggu la outlet dia bukak kat Sri Iskandar, nanti kite pergi makan same2 okeh? Hehehe.
Strawberry Snow Ice, Chocolate Snow ice, Blueberry Snow Ice
Oh ye, dah lama tak dengar cerita cikk teha kite ni. Sihat kah beliau? Last yang aku contact dengan dia, dia stay kat rumah kakak dia kat kL. Adoi, tak lengkap friendship kita ni tanpa cik tehaa -.-
Sayang-sayang sekalian, Good luck untuk final exam yang akan datang tak lama lagi.. fighting! :)
Till then. Assalamualaikum..
.Sarah Nabilla.




No comments:
Post a Comment