html>

Sunday 25 November 2012

VCSP FIVE PILLAR

       Assalamualaikum, whassup whassup yo! shuhada in da house. setelah berbulan meninggalkan dunia blog, akhirnya aku kembali.hewhew :D kali ni aku nak cerita pasal my awesome experience kat terengganu haritu.
korang pun tahu kan aku pergi sana. So seperti yang dirancangkan kitorang pegi 20hb Oktober tadi. ikut plan kitorang bertolak pukul 7pagi. tapi biasalah janji melayu, akhirnya janji hanya tinggal janji.haha. dalam pukul 8pagi baru bas gerak. oh lupa nak cerita, malam sebelum aku pergi terengganu aku dah pun menghabiskan masa dengan cik sara kita. maybe akan jadi malam terakhir kita spent time together kot sara kan?.huhu. but it was a nice momment even hanya menghabiskan masa dengan menonton drama Adam dan Hawa dengan condition cik sara kita 50-50 sebab mengantuk.haha. ape ape pun aku tido dengan tersenyum malam tu :) walaupun tanganku sakit sebab angkat barang cik ira kita yang tersangattt la berat. sampai putus-putus la tali beg dia.haha

okay back to main topic kita tadi, uitm perak hantar dalam 34orang wakil untuk join program tu. setiap fakulti wajib menghantar wakil-wakil mereka. dan aku mewakili fakulti Sains Komputer dan Matematik :D
tapi kebanyakan budak-budak yang join program tu MPP. klu tak pon mesti JPK. So aku dengan senang hati merasa rendah diri dengan dorang walaupun aku tau aku memang rendah.huhu. Hmm, perjalanan kitorang ke terengganu mengambil masa setengah hari. banyak kali jugak kitorang berhenti kt r&r sepanjang jalan tu. dan yang paling  best masa berhenti kt genting sempah, banyak gila penyokong bola kelantan berhenti kat situ. rupa rupanya malam tu ada lawan bola antara kelantan dengan ATM. maybe dorang on the way pegi stadium kot. dalam hati aku time tu harap ATM menang. tapi malangnya kelantan yg mana.hadoi!tahniah la cik ira kita.eh~ hehe. So setelah 12jam dalam bas, akhirnya kitorang sampai jugak uitm dungun dalam pukul 7petang. nak tahu, kitorang uitm yang paling last sampai.hoho
welcome to uitm Dungun!

sampai sampai je daftar, makan and terus join aktiviti utk malam tu. tapi malam tu takde ape pon just die bagi intro pasal program tu and brief sikit-sikit pasal aktiviti yang kitorang akan buat sepanjang 4hari kat sana. lagi satu, sepanjang kat sana kitorang diwajibkan bertutur dalam english sepenuhnya. bayangkan laa..kalau cik sara kita yang cair speaking london tu boleh laa. So ambil langkah selamat, aku berdiam diri.haha. kat sana setiap sorang akan ada 2 group.sebab hari last nanti kitorang akan buat persembahan untuk malam kebudayaan dan presentation case study. jadi untuk malam kebudayaan aku dapat group negeri  terengganu dan untuk present aku dapat case study13. haa camne kitorang dibahagikan? sebenarnye masa daftar tu kitorang disuruh cabut undi. ala yang amik kertas dalam balang tu, lebih kurang camtu la konsep die.

my group, case study 13!
kumpulan negeri terengganu
sepanjang 4hari 3malam kitorang kat sana, aktiviti setiap hari lebih kurang sama je sebenarnye. pagi pagi pukul 7 kitorang diwajibkan turun sarapan. pukul 8pagi kitorang da kena berkumpul dalam dewan. selalunya aktiviti-aktiviti yang dorang buat waktu siang adalah aktiviti dalam kumpulan, dengar taklimat semua tula. dalam pukul 10 dorang akan bagi makan pagi. then pukul 12 kitorang dibenarkan balik bilik untuk makan dan sembahyang. next aktiviti start pukul 2petang sampai la pukul 6petang. lepas pukul 6 kitorang bebas nak buat ape-ape pun. selalunya kitorang akan pergi jalan-jalan tepi pantai. almaklum la uitm dungun ni berhadapan je dengan laut. keluar je pintu pagar, lintas jalan then da sampai laut. dari tingkap hostel pun da boleh nampak laut.best giler kan! tapi laut kat situ jarang orang mandi sebab ombak dia besar. ada budak uitm dungun cerita kat aku, pernah student situ mati lemas. so dorang pun da takut nak mandi, just lepak-lepak, dating-dating kat tepi pantai je. hmm,aktiviti waktu malam start pukul 8 sampai la 11malam. bila malam kitorang takkan duduk dalam group negeri tapi dalam group case study. then senang la untuk kitorang bincangkan pasal presentation kitorang. setiap case study ade problem masing-masing yang kitorang perlu selesaikan.

malam yang dinanti tiba..

untuk malam kebudayaan pulak kitorang kena buat persembahan berdasarkan negeri masing-masing. contohnya aku dapat kumpulan terengganu, so kumpulan kitorang kena la buat persembahan yang menampakkan ciri-ciri terengganu macam ulik mayang, keropok lekor, batu bersurat etc. tapi malangnya fasi fasi kat sana tak bagi kitorang buat ulik mayang sebab takut ada benda-benda yang menakutkan jadi. sebab dorang kata uitm dungun tu keras sikit. yela depan laut,belakang bukit. kedudukan uitm tu yang strategik dah cukup untuk dorang bantah tarian tu. kitorang memang enjoy malam tu sebab malam last kitorang kat sana. lagipun dorang buat ala-ala dinner sambil tengok persembahan setiap kumpulan. event malam tu habis pukul 1am.sebelum kitorang dilepaskan balik bilik, ada lecturer sorang ni bagi pesan masa on the way balik jangan bising-bising, make sure jangan jalan sorang-sorang. rupa-rupanya malam tu ada sorang budak kena kacau. budak tu hilang lepas dia buat persembahan. dia kata masa atas pentas dia nampak benda tu kejar dia. sebab tu dia lari...tak lama lepas dia hilang fasi jumpa dia tepi longkang tengah menangis. kitorang memang tak tahu ape-ape malam tu sebab semua fasi dgn lecturer takde cakap ape-ape pun. tapi memang pelik la sebab malam tu budak perempuan dihantar balik hostel naik bas. padahal bukan jauh pun. sementara tunggu bas dorang pasang bacaan yassin, then lecturer pesan balik bilik je bersihkan diri,terus tido. kalau dengar orang jerit ke, ape ke buat tak tahu je. memang cuak gila la masa tu. tapi alhamdulillah, malam tu dapat tido lena jugak. sebenarnya malam tu kitorang dibenarkan stay up sampai pukul 4pagi untuk siapkan presentation. tapi bila dah jadi macam tu, terus dorang tak bagi.

pagi esoknya kebanyakan student bangun lambat. dalam pukul 8 baru semua start serbu toilet nak mandi. turun sarapan pun pukul 9. patutnya pukul 9 da start present. tapi sebab kejadian malam semalam ,presentation start pukul 10pagi. tu pun ada group yang tak siap slide lagi. kelam-kabut kitorang semua buat preparation last minute. alhamdulillah presentation kitorang semua berjalan lancar akhirnya. tapi sedih sebab presentation dengan malam kebudayaan, dua-dua group aku tak menang.huhu. ape-ape pun semangat berkumpulan tu yang penting. so majlis penutup start lepas semua group habis present case study masing-masing. dimulakan dengan ucapan lecturer kat situ, then dorang serahkan sijil ikut uitm cawangan yang ada. maka dengan itu secara rasminya kami semua yang join program vcsp kali ni di anugerahkan gelaran CA yang membawa maksud change agent. sebenarnya kitorang semua adalah change agent 2nd generation. yang CA 1st ge
neration adalah fasi-fasi yang jaga kitorang selama 4hari ni. tapi kebanyakan CA 1st generation dorang da masuk degree, yang dah abis belajar pun ada. so uitm sekarang ada lebih kurang 700 orang CA diseluruh malaysia.
pagi sebelum presentation

pukul 2petang program tu pun tamat secara rasminya. lepas dah peluk-peluk, snap gambar sana sini kitorang pun balik hostel nak kemas-kemas barang. lepas makan, sembahyang kitorang gerak balik. pukul 3petang bas pun bergerak meninggalkan uitm dungun. disebabkan kitorang balik dari program tu 2 hari sebelum raya haji, so banyak la budak-budak uitm lain tumpang bas kitorang yang mana rumah kat perak tu kan. on the way balik bas ada la berhenti kat tempat-tempat jual keropok lekor. aku pun borong la dua tiga plastik keropok lekor sebagai buah tangan. terasa makcik-makcik sangat u'olls borong benda-benda camtu.haha. kitorang sampai uitm sri iskandar pukul 2.30pagi. malam tu aku stay rumah mas dulu sementara tunggu kakak aku ambik esoknya.

so tu la serba sedikit tentang pengalaman aku kat terengganu. rasa-rasanya aku dah jatuh hati dengan negeri terengganu sebab ada laut yang sangat cantik! sekarang pun dah berjinak-jinak tengok rancangan terengganu kita kat tv3.heheh. okay agak poyo disitu. so guys, lets check it out gambar-gambar aku kat sana..enjoice!



bergelak sambil bincang pasal presentation


para statistik

dengan salah seorang lecturer selepas ditemu bual

muka serius buat slide :)





tengah present produk dari negeri terengganu :D

we all masuk tv u'olls!

muka masa latihan malam kebudayaan




sebelum perform, snap gambar dulu!





 




p/s: call me CA Nor Shuhada bt Mohd Amin. heheh :p btw sorry entry panjang berjela                                                                                                  





No comments:

Post a Comment