html>

Saturday 22 December 2012

Practical? Kerja?

Assalamualaikum w.b.t

Apa habaq hampa semuaaaaa? Aaaaaaa rindu lahh seriously! Semua busy ye dak? Well, ni actually tengah kemalasan buat report then tetiba terdetik nak bukak blog. Tengok ada a few updates dari korang sebulan yang lalu. Maaf maaf, baru sempat baca hari ni :( Okay lah. Report tolak ke tepi sekejap. So apa cerita lah sekarang Cik Shu? Al-maklum laa dah jadi supersenior. Opss Pembetulan. Supersenior CA Shuhada heheh :P Jangan buli junior okeh! Cik Ira dan Cik Intan buat sekarang ni. Lama menyepi. Dengar cerita korang banyak buat kerja tender, BQ pe semua tu kan. QS yang busy busy busy.


Seperti yang kita maklum Cik Teha kita still kat Kelantan sebab ada masalah keluarga dia. So kita doakan aje lah yang terbaik untuk Teha okeh? Ohh dia ada cakap, kan dulu dulu kita ada plan nak pergi Johor. Ingat lagi tak? Better ingat balik kalau tak aku cubit sorang-sorang. HAHA. Haaa Cik Teha ni cakap dia nak join kita pergi Johor sama-sama. Best kann? Nanti kita plan ya. Make it happens. Cik Shuhada, anda wajib untuk turut serta. Okay? Arahan dari saya :P


Aku dapat practical dekat site. So kat sini banyak menguji kesabaran aku. Nyamuk banyak sangat2! Kat site takde toilet, ada pun jenis toilet boleh pindah2 tu. Korang pun tau, toilet macam tu takde air. So kalau nak pergi toilet, aku terpaksa jalan pergi dekat Shell berdekatan jauh dia macam dari Kolej Cempaka ke FSPU lah lebih kurang. Tempat solat apatah lagi. Memang takde. Jadi bila waktu lunch aku akan pergi KFC tumpang solat dekat surau dlm tu. Balik kerja tu lak kaki seluar mesti kotor sebab kena tanah, cement pe sume kat situ. Nak-nak lagi kalau hujan perhh perhhhh berselut habis. Sadis tak? :P


First week practical tu memang relaks habis sampai taktau nak buat apa dah. Masuk minggu kedua dan ketiga, still takde kerja sangat. Banyak relaks dari buat kerja. Sampai aku rasa nak nangis sebab bosan sangat. Ok nampak sangat menipu. Tapi bila dah masuk minggu ke 4 sampai la sekarang. Penatnyaaaaa Allah je tahu. Sekejap dekat office, sekejap dekat site. Ulang-alik lah. Berjemur kat site tu memang tak payah cakap lah kan berapa lama. So nanti jangan terkejut la kalau jumpa muka aku memang sun-burn. Hehe. 


Setiap hari aku kena turun site sendiri. Mula-mula tu memang tak biasa  sebab aku sorang je perempuan kat situ yang lain semuaaaaaaa laki. Sobs. Tapi lama-lama dah biasa. Even ada sesetengah pekerja tu memang aku boleh buat sembang. Banyak jugak lah dapat tengok dan belajar dunia construction yang sebenar ni. Selalu teori dalam kelas aje kan. To me, dunia construction ni memang betul-betul tough. Kena hentam, marah, rasuah apa semua tu memang perkara biasa kena hadap hari-hari. Yang penting mental dengan fizikal kena kuat.



 Ni rumah yang hampir siap. Projek yang company aku jalankan sebelum ni.


Ni pulak projek yang sedang dijalankan.
Design dia lebih kurang lah dalam gambar kat atas tu.




So, bila dekat site kena panjat-panjat sampai tingkat 2, tingkat 3 even roof top pun aku berjaya panjat. Supervisor tu cakap aku ni perempuan yang lasak, berani panjat tinggi-tinggi. Padahal aku takot Hahahah. Tangga tak kukuh lepas tu gayat lagi tu. Dah pikir praktikal kat site punya pasal terpaksa la buat-buat berani. Aku mmg tak sabar nak habiskan praktikal dengan cepat!! Tak larat! Lagi 13 minggu. Jom countdown sama-sama? HEHE

Actually advantage jugak bila surrounding dengan lelaki ini. Diorang ni tak suka bergosip yang boleh mendatangkan dosa. Hanya bercakap pasal fakta. So selamat di situ. Hihi. But still need a girl for friends :|



Cukup lah setakat ni kot. Insyaallah kalau ada masa aku update lagi. So harap korang semua jaga diri and Shu jangan lupa kat kitorang okay!

Rindu nak lepak dengan korang semua :(

Assalamualaikum.



.Sarah Nabilla.



No comments:

Post a Comment