html>

Sunday 21 July 2013

selangkah ke uitm..


Assalamualaikum.


wehhhhh rindu gila kat hampa semua. tambah-tambah time bulan puasa ni, terimbau semua nostalgia kita-kita dulu. sebak pun ada aihhh. bila lepak petang-petang sementara tunggu berbuka, tetiba teringat uitm perak.rindu nak bukak puasa sama-sama mcm dulu, rindu nk cipta alasan bagi tak payah pegi terawih, rindu nak sahur sama-sama, rindu semua la habaq hang. bila lagi wei boleh kumpul macam dulu..pasal trip nak ke kelantan ke johor ke haritu plan, apa cite? haha

sebenarnye aku ada something yang nak share dengan korang. korang pun tahu kan aku tengah tunggu result intake degree keluar. so hari jumaat tadi (19/7/2013), result tu dah pun keluar. dan dengan sukacitanya aku nak bagitau yang aku dapat sambung degree dekat Uitm Seremban 3 dalam sarjana muda sains (kepujian) statistik. alhamdulillah... maknanya aku akan jadi orang nogori la sepanjang degree session nanti. hehe. tapi sebelum aku pegi uitm seremban, aku transit dulu dekat uitm Shah alam. pasal berapa lama aku transit kat S.alam tu aku tak tau. tapi dengar cerita senior yang transit kt s.alam jgk, dorang pindah seremban bulan 9 ni. so aku tak tau la sempat ke tak aku habis satu sem kt s.alam tu.

alhamdulillah ya Allah

mula-mula aku check, dia keluar page ni. so aku dengan confident la aku bagitau kat mak ayah aku yang aku dapat Uitm s.alam. terus berangan nak duduk bandar la kononnya masa degree tapi lepas aku tekan 'terima' untuk respon kiranya aku terima tawaran ni terus dia keluar page lain pulak. cakap aku just transit je kat s.alam tapi kampus tetap kt seremban. terus tak semangat haha.

cakap nogori la den lopeh ni

aku pelik asal tak biar je budak statistik stay je kt s.alam. asal nak kena transit-transit pulak. dah kalau betul dia nak suruh kitorang stay seremban asal tak register terus je kat sana kan? so atas rasa ingin tahu yang membuak-buak aku pun dengan rajinnya meng'google' pasal uitm seremban tu. rupa-rupanya uitm seremban tu kampus baru. sekarang ni pun masih dalam pembinaan. info dari google cakap maybe januari 2014 baru siap. patutla kitorang transit dulu kt s.alam. nak tunggu siap dulu. dan bila dah siap mungkin hanya ada 3 fakulti je kat sana. so korang boleh imagine la kan besar mana je kampus dia nnt. huhu dan lagi satu info, ada yang cakap batch aku batch kedua kt seremban nanti. tapi tak tahu la betul ke tidak semua info ni. hehe

cakap pasal degree, korang pun dah last sem. tak lama lagi masuk degree. kalau korang mintak kos sama tiga-tiga orang peluang nak dapat tempat sama memang senang. macam aku dengan wanis, dapat tempat sama. tapi nana dia amik kos sains aktuari so dia stay kt s.alam. maka terpisahlah kami. huhu. so untuk korang, do the best final sem ni. bagi dean list tau! dan utuk tehah, jaga diri okay. rindu korang sesangat!

p/s: bila makan sushi mesti teringat korang. first blaja makan sushi korang la ajar. thanks!




3 comments:

  1. AsSalam dik, congrate masuk ke Uitm S3
    awy..do save our contact no for ur future purpose
    coz kami menyediakan Diana Homestay (betul-betul di hadapan Uitm Seremban 3,yg akan beroperasi tidak lama lagi) ..walking distance shj
    Boleh sewa harian/bulanan..
    do call me kak Diana jer k
    017-3647676 / 012-7047676

    LIKE www.facebook.com/DianaHomestay
    http://drdianahomestay.blogspot.com/

    Gd Luck in your study k

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tahniah shuhada. good luck! jumpa kt sana okay!

    ReplyDelete